Tahukah anda bahawa soya antara sumber makanan yang kaya dengan antioksida semulajadi ISOFLAVON?
Kebanyakan khasiat soya seperti
perlindungan menentang barah payudara, barah prostat, atasi symptom menopaus, menentang
sakit jantung dan osteoporosis datangnya daripada kebaikan ISOFLAVON dalam
soya.
TAPI !
Ada ramai yang kata isoflavon ni bahaya
sebab rupanya hampir sama seperti estrogen, hormon yang membentuk ciri-ciri
kewanitaan seorang wanita.
Okeh, meh kita tengok rupa bentuk kimia
hasil metabolism estrogen dan isoflavon ni ye...
Struktur kimia isoflavon ni sangat
menyerupai dengan struktur kimia estrogen dalam badan kita. Oleh kerana
bentuknya yang lebih kurang, maka, isoflavon boleh melekat kepada tapak
reseptor estrogen. Ini boleh mengakibatkan kesan pengurangan aras estrogen atau
mengaktifkan aktiviti estrogen dalam badan kita.
Ayat mudahnya, Isoflavon sangat membantu dalam menyeimbangkan aras estrogen dalam darah kita agar tak berlebihan atau terlalu berkurangan. Isoflavon tidak sekali-kali meningkatkan aras estrogen secara berlebihan macam yang saya dan kebanyakan anda fikir sebelum ini. Maka....sila betulkan semula persepsi minda anda terhadap isoflavon ni ye..")
APA JADI JIKA BADAN KEKURANGAN ESTROGEN?
Jika badan
kita kekurangan estrogen, contohnya lepas bersalin ke, sewaktu menopaus ke,
isoflavon ni bantu aktifkan tapak reseptor estrogen sebab tindakannya yang ‘mimik’
estrogen tu. Bahaya ke kalau badan alami
kekurangan estrogen ni? Agak-agak, kalau
sampai selalu beremosi sensitive, hilang selera terhadap suami, panas baran
dengan suami,kalau ‘bersama’ suami asyik sakit je sebab alami kekeringan
vagina..agak-agak bahaya ke tak tu ye? Haaa…sendiri jawab je ye..
APA JADI JIKA BADAN TERLEBIH ESTROGEN?
Dan jika badan kita terlebih estrogen,
pun bahaya gak..boleh menyebabkan simptom seperti di bawah:
Bila badan kita alami terlebih
estrogen, maka, isoflavon akan menyekat pengikatan estrogen ke tapak reseptor
estrogen tu. Disebabkan bentuk kimia mereka hamper serupa, maka Isoflavon yang
akan mengikat ke tapak reseptor estrogen dan hasilnya taklah badan kita
terlebih-lebih estrogen sampai boleh mengakibatkan symptom di atas. Bagus kan
ciptaan Allah ni? Subhanallah. Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia. Tapi
sebaliknya kitalah yang kena rajin-rajin study dan explore kebesaran Allah.
ESP SHAKLEE KAYA DENGAN KHASIAT ISOFLAVON SEMULAJADI !
Istimewanya, dalam Shaklee ada satu
produk yang mengandungi Isoflavon semulajadi soya iaitu Energizing Soy Protein
@ ESP! Ianya tulen, tidak diubahsuai secara genetik dan dicuci dengan air untuk menghasilkan dan mengekalkan khasiat isoflavon yang terbaik untuk kesihatan anda!
KEBAIKAN ISOFLAVON
Berdasarkan artikel ini, kajian menunjukkan , dari segi kesihatan,
isoflavon ni ada banyak kebaikan untuk merendahkan peluang memperoleh
penyakit-penyakit seperti di bawah:
1 1) ATASI SIMPTOM MENOPAUS
Rasanya tiada siapa yang suka kesan gejala menopaus seperti rasa panas
dalam badan (hot flashes), sukar tidur dan asyik marah-marah kan? Kekurangan
estrogen membawa kepada masalah semulajadi ni. Jadi takkan pulak kita berkuasa
untuk mengatakan TIDAK kepada menopaus kan? Tapi atleast kita boleh berusaha
untu kurang kan gejala symptom menopaus tersebut dengan pengambilan isoflavon.
2 2) KURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
Isoflavon membantu merencat pertumbuhan sel yang membentuk enapan plaq
dalam salur darah dan salur jantung. Jika enapan plaq terbentuk di salur darah
jantung, maka seseorang itu berisiko besar untuk mendapat serangan jantung! Ada
satu kajian yang dibuat ke atas 38 orang yang alami masalah jantung, setelah
dicadangkan soya dalam diet harian mereka, didapati aras kolestrol mereka lebih
baik berbanding sebelumnya!
3) ATASI MASALAH PROSTAT
Isoflavon sangat bermanfaat untuk terhadap kesihatan lelaki kerana ia
melindungi daripada pembesaran/pembengkakan kelenjar prostat lelaki. Ada juga
kajian yang menunjukkan isoflavon berperanan untuk melambatkan pembesaran sel
kanser prostat!
4) ATASI MASALAH OSTEOPOROSIS
Isoflavon soya amat membantu untuk mengatasi masalah reput tulang dan
kekurangan jisim tulang. Dan tedapat bukti menunjukkan bahawa isoflavon membantu
dalam pembinaan tulang baharu!
5) KURANGKAN RISIKO KANSER
Isoflavon dikatakan mampu melindungi daripada pembentukan tumor kerana
mereka bertindak sebagai ‘anti-kanser’ dengan cara sama seperti dadah-perawat
kanser. Terdapat kajian yang menunjukkan hubungan yang kuat anara pengambilan
soya isoflavon dengan pengurangan risiko kanser payudara dan kanser Rahim. Wanita
yang mengambil produk soya dan diet yang kaya dengan isoflavon dapat mengurangkan
risiko kanser payudara dan kanser rahimsebanyak 54%! Wooowww..kalaulah ini yang
boleh membantu ramai wanita di luar sana, oyun rasa sangat berbesar hati untuk
membantu anda semua!
MashaAllah.. Ciptaan Allah memang sentiasa mengkagumkan kita. Terima kasih utk entry ni. ��
ReplyDeletehttp://nur-nitrah.blogspot.com/?m=1
subhanallah..kan kak nit...kena terokai banyak lagi kebaikan soya..
DeleteKering?? ����������
ReplyDeleteNajwa..aah..vagina kering..lead to kerengsaan dan sakit sewaktu bersama suami ")
Delete