“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberikan impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad untuk membentuk masa depan anak”. Demikianlah pandangan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baru. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

PEMAKANAN SIHAT
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.
Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan yang paling penting kaya dengan protein. Sama juga hanya dengan pengambilan minyak ikan Omega. Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
Pengambilan suppliment SHAKLEE amat digalakkan meskipun anda berada dalam keadaan sihat...pengambilan ESP sebagai sumber protein yang lengkap untuk tumbesaran fizikal si comel anda..pengambilan  OMEGA GUARD, sumber minyak ikan yang selamat dan halal juga saya galakkan pada trimester ke 2 dan ke 3 di mana perkembangan otak anak anda sedang aktif terbina..Amat rugi jika pengambilan minyak ikan ini dipandang mudah...kerana sel-sel otak kanak-kanak bermula seawala 0 hingga 6 tahun sahaja!!! Selain itu VIT B COMPLEX yang lengkap dengan ASID FOLIK yang penting untuk mencegah kecacatan janin dan membantu membina sel darah merah yang sihat..pengambilan VITALEA aka multivitamin juga penting untuk menampung zat-zat dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan janin yang sihat.. pastinya hampir kebanyakan ibu-ibu hamil akan mengalami muntah-muntah di awal kehamilan, dan pastinya banyak zat dan mineral yang terbuang bersama-samanya..maka, VITALEA membantu anda kekal cergas dan sihat sepanjang hari..

BANYAKKAN IBADAT
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati  Allah S.W.T dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca Al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah Surah Al-Fatihah, Yasin, At-Taubah, Yusuf, Luqman, An-Nahl (ayat 78), Al-A’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
Amalan bersedekah juga saya niatkan khusus untuk anak di dalam kandungan..saya berniat agar dia lembut hati dan rajin bersedekah di kemudian hari...satu didikan berbentuk spiritual..


AMALAN BACAAN AL-QURAN
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah Al-Fatihah, Al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Al-Fatihah adaah ibu Al-Quran, manakala Al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran serta ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
Saya amalkan mengkhatam keseluruhan juzuk al-quran bermula dari hari saya tahu yang saya mengandung..memang saya niatkan istimewa untuk anak di dalam kandungan...agar dia juga seorang yang kekal dalam ibadah membaca al-quran apabila dewasa kelak..moga al-quran menjadi panduan untuk anak-anak saya..setelah khatam, baru saya mula dengan surah-surah pilihan..   selain itu, di awal kehamilan, ada kala sampai tak larat untuk membaca al-quran, maka, saya sering perdengarkan ayat suci melalui radio dan 'pel digital al-quran' walaupun saya tahu ketika itu, pendengaran janin masih belum ada.. tapi, proses 'roh dimasukkan ke jasad ' sudah pun bermula..maka, sgt digalakkan agar ayat suci itu sering berkumandang...

SENTUHAN KASIH
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. Hal ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.


EMOSI TERKAWAL
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkahlaku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
Pengambilan VITAMIN B Com SHAKLEE yang juga dikenali sebagai Vitamin Cantik dan Vitamin Anti-stress amat diperlukan dari SEBELUM KEHAMILAN sehinggalah KELAHIRAN...Ia membantu penghasilan hormon yang membolehkan anda tenang dan ceria...


MUZIK KLASIK
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
Untuk umat Islam, memperdengar bacaan ayat suci amat bersesuaian untuk menghasilkan gelombang alpha...

PENGETAHUAN ASAS
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas mudah. Mulalah mengajar A-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengn lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap perut lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain serta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan. Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunkn lampu picityang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga sepuluh minit setiap kali melakukannya.

LATIHAN MATEMATIK
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkenbangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.
Selain itu, amalan memakan minyak ikan di kalangan ibu yahudi yang hamil memang petua turun temurun kaum mereka..setiap ibu hamil seolah-olah 'diwajibkan' mengambil minyak ikan agar anak mereka cerdik..(amalan yang baik, tak salah jika diamalkan ye tak??)..Minyak ikan TERBAIK semestinya OMEGAGUARD SHAKLEE!
Luv,
Eyman Ayuney

Post a Comment

 
Top