Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni oyun nak share tips macam mana nak jaga suplimen supaya ia tahan lama. Penting tau kena jaga sebab dalam sebotol suplimen, biasanya ada beratus-ratus biji. Kena jaga sampai 4-6 bulan tu!

MACAM MANA NAK JAGA SUPLIMEN?

1) Simpan suplimen di tempat yang kering dan sejuk.

- Vivix WAJIB disimpan dalam peti ais.

- Suplimen dalam bentuk serbuk seperti Performance Drink , ESP, Meal Shakes & Cinch Shakes juga sangat sensitif. WAJIB juga disimpan dalam peti ais. Lebih tahan lama dalam peti ais.

- Suplimen dalam bentuk pil / kapsul bolehlah disimpan dalam almari @ bekas di luar peti ais.

2) Tutup dengan ketat selepas dibuka.
Suplimen shaklee TANPA BAHAN PENGAWET yang berbahaya. Maka, ia mudah rosak jika terdedah.

3) Jangan biarkan suplimen anda terbiar dalam kereta yang berpanas, lagi -lagi kalau suplimen bentuk kapsul. Contoh suplimen berbentuk kapsul adalah seperti Omega Guard, Vitamin E, CoQ health, Carotomax dan Lecithin. Memang cair punye suplimen tu dibuatnya. Boleh melekat-lekat nanti! Rugi-rugi...

4) Tuang suplimen atas penutup botol dahulu, kemudia baru dituang ke telapak tangan. Ini dapat mengelakkan lembapan tangan merosakkan kualiti suplimen jika tertuang banyak atas telapak tangan.

5) Vitamin larut air seperti Vitamin B com, Vitamin C dan Alfalfa sangat mudah rosak jika terdedah kepada udara( dalam udara ada lembapan). Maka, elakkan daripada membuka botol terlalu lama ye..

Sekian..tips daripada saya!



Pengedar Shaklee Bertauliah,
Norayuney Ahmad

Post a Comment

 
Top