
Bismillahirrahmanirrahim…
Semalam rasa terdetik hati nak share
pengalaman seorang senior oyun yang pernah mengalami detik-detik getir dalam
membesarkan anak penawar jantungnya...
Niat oyun share kisah ni…bukan untuk
aibkan..tapi lebih kepada nasihat untuk sahabat-sahabat dan mak- mak muda yang
moden ni untuk ikutla jugak pantang-pantang orang tua yang agak-agak logik..dan
nak share gak keajaiban susu ibu yang Allah dah kurniakan untuk para ibu ni…
Pernah tak dengar pantang orang tua “jangan
bawak anak keluar jalan-jalan waktu dalam pantang?”
Haaa…ni la kisah yang oyun nak
share..tak nak salahkan sesapa pun..maybe ada sesetengah ibu yang tak tahu
kan..oyun dulu pun macam caya tak caya je..tapi, sebab kisah ni la yang jadi
pengajaran untuk oyun…
Kisah ni oyun copy abis-abisan drp
empunya..oyun minta izin beliau share melalui pm oyun..tapi..oyun ubah nama-nama
dalam ni…
**********************************************************************
Masa
anak akk berumur 1 bulan lebih, akk gatal2 bawak dia jalan2.
2
hari sebelum tu ada dgr mcm bunyi kahak tapi saya try sedut2 dkt hidung tak
keluar apa2. Pegi doktor tak dpt apa2 sebab kecik lagi. Dpt nasal spray jer.
Hari
ke 3 tu, naufal dah start susah nafas tapi suami akk ingat tak ada apa2. Masa
tu akak ada makeup, bila balik tu akak dgr naufal nanggis tapi kecik jer suara
ni. Still kitaorg x bwk pegi hospital. Siap bwk pegi lcct amik brg dkt kargo
Tapi
bila ptg tu, muka naufal dah pucat. Kitaorg bwk pegi an nur. Oksigen dia betul2
rendah. Doktor taknak amik risiko sebab an nur tak ada icu. So kita rushing
pegi kpj kajang.
Naufal
terus masuk kritikal zone. Lepas tu naufal masuk icu. Masa dkt icu, akk tanya nurse boleh tak bagi susu via bottol feed.
Nurse cakap boleh. So akk bagi la…
Tiba2
naufal tersedak. Muka naufal pucat. Lucky kak huna(kakak akk yg Doc tu) was
there. Dia terus annouce code blue dkt nurse semua. She was screaming mcm org
gila dkt nurse tu utk bukak emergency suction tools
Nurse
terpinga2 hilang punca. Siap menangis. Padahal anak aku tgh fighting for life.
Grrrrrr..
Lepas
tu semua doctor were rushing pegi icu & cuba sedaya upaya selamatkan naufal
Few
mins lepas tu naufal boleh nafas tapi pakai oksigen tank tu. And i requested
naufal duduk nursery since icu punya nurse tak boleh diharap.
Masa naufal dlm nicu, doc buat mcm2 test. Darah semua kena amik. Akak bab2 cucuk2 amik darah ni, memang tak sanggup tgk.A day after baru doc ckp naufal positive lung infection. Sebab dia.. "awak ada bawak anak keluar ke?" Kemungkinan besar sebab kuman2 dkt luar. Baby umur 4 bulan ke bawah, sistem imun bdn masih belum kuat."
Sebenarnya akak cuma bawak naufal pegi breastfeed class jer masa tu then pegi makan kejap. Yer la, Allah nak tunjuk Kuasa Dia. Menyesal pun tak guna, dah jadi.
Masa naufal dlm nicu, doc buat mcm2 test. Darah semua kena amik. Akak bab2 cucuk2 amik darah ni, memang tak sanggup tgk.A day after baru doc ckp naufal positive lung infection. Sebab dia.. "awak ada bawak anak keluar ke?" Kemungkinan besar sebab kuman2 dkt luar. Baby umur 4 bulan ke bawah, sistem imun bdn masih belum kuat."
Sebenarnya akak cuma bawak naufal pegi breastfeed class jer masa tu then pegi makan kejap. Yer la, Allah nak tunjuk Kuasa Dia. Menyesal pun tak guna, dah jadi.
Masa
dkt icu, naufal tiba2 kena sawan. Semua doc & nurse kelam kabut. Diorg tak
bagi kami tgk. akk mengamok mcm org gila masa tu. Diorg tak bagi masuk
jugak. Few mins lepas tu, doc bgtau naufal cant breath on his own. Kena pakai
life support machine
Masa
tu rasa nak rebah. Tapi k.huna ada, dia pujuk. Dia cakap ada risiko sikit kalau
pakai life support machine since naufal baru 1 bulan. Paru2 boleh meletop kalau
salah.
Maka
bermula la naufal masuk ccu. Tak ada sapa boleh lawat dia. Tengok melalui
cermin jer..
Naufal
tak ada reaction even dah bagi the strongest antibiotic.
For
days mcm tu. Tak minum susu, drip semata smp bengkak bdn naufal.
![]() |
Day 2 : naufal yang kuat!! : tak gamak semua ibu tengok kalau anak berselirat wayar gini.. |
On
the 5th day mcm tu, doc suggest utk bawak naufal pegi kpj damansara sebab the
best paed ada dkt sana. Sebelum tu doc suruh sign borang utk kebenaran amik air
sum2 naufal
akk
tak tau nak buat apa masa tu. I was alone, suami balik. akk amik surat doc tu,
lari pegi surau. I was crying like h*** asking for His help. Masa tu akk free
hair lagi. akk cabar kuasa Allah. *teruknya rasa*. Akk cakap," kalau betul susu
bdn tu betul2 power..tunjukkanlah."
Then
naik ccu, akk mintak nak bagi naufal susu. Bincang punya bincang.. doc setuju
bagi melalui tiub.
So
akk pam & terus bagi naufal. Half an hour mcm tu, naufal start bagi respond
Ya
Allah yun.. masa tu berderai2 air mata akak. sujud syukur dkt situ jugak. Dan
bermula la episod berhijrah akk..
Drpd
1 session, doc naikkan 2 session utk susu. Drpd 0.5ml, doc naikkan.
Sampai
la naufal dibenarkan direct breastfeed.
10
hari dlm ccu & 10 hari dlm icu.
Dan
naufal adalah baby fully breastfeed for 2 years and half dan sempat tandem bf
dgn jasmin, despite mcm2 cabaran termasuk la nipple koyak rabak siap darah memancut2.
![]() |
naufal today! henseeemmmmm kan??? ") |
***************************************************************************
Allahuakbar…
Besarnya kuasa kasih sayang Allah!
Banyaknya hikmah yang Allah nak tunjukkan dalam kisah ni…
Janganla ada yang salah faham..bukanlah bermakna tak boleh bawak anak ke klinik ke, buat check up ke...tapi, agak-agakla, kalau umur anak tu sebulan dua, tak payah la nak bawak jalan-jalan raya ke, kenduri ke, pasar malam ke...lagi la tempat-tempat yang ramai orang...lagi la kalau bawak keluar malam-malam..(tu belum cerita bab benda-benda halus lagi tu, lagi la tak nampak)..kalau setakat nak shoping baju raya ke, orang lain boleh tolong kot kan? ikutlah..mana yang lebih penting..keselamatan kesihatan anak atau kepuasan kita..
Anak yang sebulan ni, kalau selsema, memang kene cepat terus bawak ke jumpa Doc...takut-takut melarat jadi infection...sebab sistem imun mereka baru nak develop..
kalaupun ada yang nak memilih untuk berpantang moden ke, takpelah, ikut pendirian masing-masing..tapi jangan sampai anak yang jadi mangsa...
Hebatnya
menjadi seorang ibu apabila Allah izinkan antibodi yang ada dalam
badannya untuk mengalir melalui setiap urat anaknya
..allahuakbar...ibu-ibu kena sihat untuk develop antibodi yang diperbuat
daripada protein..ibu-ibu kena kuat supaya kekuatan ibu itu sampai ke anak yang lemah itu...maka, tak hairanlah seorang ibu itu boleh kuat luar biasa apabila melihat anak yang dalam keadaan begitu...
Oyun baca 2x pun rasa meremang…tak boleh bayang kalau oyun
berada di tempat kakak ni..
Allah singkap satu-satu hikmah dalam kisah ni…allah
tunjukkan hebatnya kuasaNya melalui titisan susu ibu…Allah buka hijab doa
seorang ibu yang sangat tulus.. allah makbulkan permintaan ibu yang
bersungguh-sungguh berjuang demi keselamatannya…Allah balikkan kembali hati
yang gelap kepada yang bercahaya dalam litupan hijab yang melindungi rambut
yang bebas berjuraian sebelum ini…Besar maknanya penghijrahan itu…
Allah beri sedikit UJIAN ..untuk Allah kurniakan NIKMAT yang
lebih besar!
MAKA, NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG ENGKAU DUSTAI?
Salam sayang,
Norayuney Ahmad
oyun.. td akk baru rs mcm nak give up bf. Ya Allah.. kenapa aku fikir mcm tu? Thanks oyun, akk akan lebih semangat menyusukan raudhah sampai 2 tahun. Aminn
ReplyDeletevisit me back
www.momsmilkyway.com
akk..jgn give up!
Deletego go go!
Alhamdulillah, saya pernah berada di tempat kakak tu.. Anak saya kena severe pneumonia masuk ICU. Umur masa tu 1 tahun 3 bulan. Sempat juga pam susu bagi anak. Doktor cakap teruskan bagi susu.. anak saya lebih kuat sebab masih menyusu. Kuasa Allah, anugerah susu ibu tak ternilai. Buat ibu-ibu semua, berpantang lah dengan betul.. breastfeed lah selagi termampu. In sha Allah
ReplyDeletebetul2..
Deletetanpa kuasa allah...apa pun tak jadi..
susu ibu tu asbab..kena hargai betul2..
Sob2, air mata ibu berlinangan...
ReplyDeleteThank you kak oyun for this touching story!
Baru je saya share pasal anak saya... Allahuakbar!
terlupa nak selitkan pasal kisah bf... the magic behind bf milk kan.
Alhamdulillah.
http://asyrafanisah.blogspot.com/2014/08/ya-allah-selamatkan-anak2-kamibukan.html
huhu..me too..mmg xleh bayang kalau akk yg berada di tempat itu..mmg nangis meraung..
Deletebaby tak biasa lagi bernafas dgn udara yg kotor
ReplyDeletekan sblom ni die bernafas dlm air
tempoh pantang tu juga tempoh penyesuaian baby dgn dunia kedua dia :)
sebaknya cerita ni... susu ibu mmg terbaik............
ReplyDeletekaannn...syukur allah sampaikan pengajaran utk semua ibu2
DeleteInsaf baca story ni. Semoga dapat mengingatkan ibu ibu tentang newborn baby
ReplyDeleteYa allah...syukur anak akk xde ape2.
ReplyDeleteMoga jadi pgajaran utk kite semua.
http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Allah akbar ! So touched ! :(
ReplyDeleteKisah ni beri kekuatan kat saya utk truskan breastfeeding anak ke 2..��
ReplyDeletehttp://www.surayamansor.blogspot.com
Sedeh....anak saya juga fully BF...bulan dpn dh setahun..hope sgt smpi 2 thn..amiin
ReplyDeleteMemula baca ase sedih pulak..tp semua kuasa tuhankan..
ReplyDeleteThanks sebab share cerita yg bagus ni. Bf mmg terbaik.. actually baby less than 3 month hv a very strong immunisation sbb tu if baby around dat age kene demam it shows yg immune badan dia sgt lemah. All the antibodi baby dapat dr colestrum bf. So 1 week colustrum is very2 important utk baby.
ReplyDeleteTqvm share story ni .. Semoga kita semua mendapat iktibar .. Tiap yg berlaku ada hikmah kan .. KUASA ALLAH SWT
ReplyDeletesyirashahar.blogspot.com
tq for the sharing...meremang baca....touching.....sesungguhnya Allah Maha Esa....Kuasa Allah memang tiada tandingan.....
ReplyDelete**susu ibu adalah anugerah dari Allah buat ibu dan anak....susu terbaik untuk anak kita tiada lain..... :)
Salam alaik semua.
ReplyDeleteSekadar nak kongsi secebis pengalaman.
Saya setakat ini punya 3 orang anak. Macam biasa, anak2 ni masa tahap baby mesti akan ada kahak sikit. Kadang2 bunyi kahak tu di kerongkong.
Setakat ni, saya tak pernah ambil ubat2 di klinik atau hospital, tak kira sama ada kahak, demam, batuk atau selsema.
Saya bimbang kesan sampingan ubat2an yang berunsurkan drug ke atas budak.
Setakat ini, saya ambil ubat dari homeopathy.
Alhamdulillah, dengan izin Allah setakat ni semuanya baik2 belaka. Homeopathy nampaknya lebih natural dan tiada kesan sampingan.
Masalah kahak juga hilang dan makin kurang.
Sekadar kongsi pengalaman.
Subhanallah. Hebatnya kuasa Yang Maha ESA. Doakan saya juga boleh fully bf anak sulung ni...skrg dah 1 tahun..InsyaAllah niat nak sampai 2 tahun..walaupun mencabar sbb kerja shift..tapi tu bukan penghalang...
ReplyDeleteSubhanallah..bace sampai mleleh2.. Saya pon bf sampailah Dah tahu pregnant lagi baru stop bagi kat Aisy.now in wk21 third pregnancy.always try to bf til age 2years.Alhamdulillah... Do visit my blog http://thebestblogtitle.blogspot.com
ReplyDeleteAlhamdulilah dpt bc blog ni & tq for sharing. Sy br 17 hari pantang & mmg plan nk blk to our house in Japan bl baby 2 months. Nampaknye, better sy postpone dl trip ni.
ReplyDeleteSy tgh usaha fully bf baby tp baby tak nak direct bf. Awal2 aritu susu sumbat & sy plk ni 1st baby. Time dekat hospital dah gelabah sbb even baby bf, die still menangis. So terpaksa bg formula milk. Skrg even susu meleleh, baby still refuses direct bf. Susu pump still tak cukup utk fully bf baby. Sedih bl baby tak suke nk direct bf. Kadang2 sy paksa jgk until baby menangis suara pn dah lain & kdg2 menggigil lapar. Last2 bg formula milk...
nice sharing sis. rasa nak menangis sama bila baca kisah akak tu. sebab tu pantang larang orang tua2 ni ada juga rasional, selagi sahaja tidak bertentang dengan hukum agama.
ReplyDelete