Bismillahirrahmanirrahim..


BENTAN SEWAKTU BERPANTANG
 
Petang tadi kat grup telegram kami, memasing share pengalaman kena bentan waktu berpantang bersalin..
Termasuklah oyun! Walaupun amek set bersalin shaklee, tapi kalau pemakanan lain tak jaga, bentan ni boleh je mai bila-bila masa!
Aiiyaaakk! Pernah gak la merasa sudahnya..

Waktu bersalin anak sulung dulu, relax je..tak tahu pun macam mana bentan tu berlaku..apa jadi waktu bentan pun tak tahu...bahaya tau bentan tu...utk kes bentan yang kronik macam ni  kena cepat-cepat pegi hospital 
Waktu bersalin anak ke-2, hohoho..merasa gakla 2x bentan tu...terkejut terus! Tak sangka langsung itu adalah bentan rupanya!
( Haaa..betapalah jakunnya..baru tau bentan tu apa setelah mengalaminya sendiri! )



Apa yang oyun alami?
Haaa...oyun rasa demam seram sejuk yang dasat!
Ingat lagi..time tu lepas zuhur ..baru lepas solat..mak aih..terus terbaring menggigil macam lepas kena ceser tu! Macam kene rendam dengan ais!
Gigil yang tak dapat dikawal!

En suami gelabah..saya lagi la tak tahu apa-apa..suami selimutkan dengan selimut..bagi panadol supaya saya tidur..lama gak rasanya menggigil tu...dekat 15-20minit kot...uisshhh..dasat betul rasanya! Lemau badan time tu..angkat baby yang tak berat mana tu pun tak larat..tangan lemah habis..

Mujur suami uruskan anak time tu..mujur juga hariz tidur je sepanjang masa gigil tu..

Tak tahu lah apa punca..tapi mungkin sebab banyak sngat makan kobis kot..seminggu tu straight setiap hari bening kobis je..hahaha..
Muka pun udah rupa kobis..

Lepas tido dlm sejam, suami bagi makan..lepas tu minum air panas cicah biskut..terus jadi sihat segar bugar ! Macam tak sakit apa-apa.. Lagi la terkejut.. "Ait..cepatnya demam aku hilang!"
Rupanya den bukan demam biasa..demam bentan rupanya...
Alhamdulillah..merasa gakla bentan tu apa..atleast kalau orang tanya, bolehlah bantu dan share pengalaman..
Time tu..oyun baru je bershaklee..so tak tahu rupanya shaklee pun ada produk yang blh membantu...


CARA-CARA ATASI DEMAM BENTAN

1) Minum Kopi Panas !
Bila rasa nk stat gigil tu..cepat-cepat minum kopi panas...memang sedappp!! Banyak kebaikan meminum kopi yang ramai orang fikir tak elok waktu berpantang...ia mampu meningkatkan metabolisme badan yang boleh meningkatkan suhu badan..dan juga melancarkan aliran darah ibu yang berpantang..


2)  Rehat yang Secukupnya
lepas tu selimutkan dengan selimut gebar..tutup kipas...bagi badan rehat...sambil-sambil tu minta suami urut dengan minyak panas kat hujung jari kaki..


4) Pengambilan Suplimen Bersesuaian
Disebabkan saya memang berpantang dengan set bersalin shaklee, bila hilang gigil..saya ambil 2 biji Omega Guard dan 3 biji alfalfa untuk memanaskan badan...alfalfa tu pun boleh dicampur dengan sedikit air untuk dibuat pilis untuk disapu di atas dahi dan seluruh badan...juga untuk memanaskan badan yang alami bentan tu..Jangan minum ESP dengan ayaq sejuk! Ni pun boleh jadi punca gak oyun bentan..hihi...

set berpantang dan menyusu yang saya ambil!



5) Memakai stokin
Jangan miss berstokin...sapu minyak kat kaki..then pakai stokin..amalan ni ramai yang tak buat...tapi sebenarnya impak dia memang sangat besar kalau kita tak pakai stokin...mula-mula fikir macam tak logik je,..tapi, bila dah kena, barulah nak rasa menyesal...ada yang bagi cadangan untuk buat 'stokin bawang putih' iaitu letakkan hirisan bawang yang dibakar dalam stokin untuk membantu menghangatkan kaki...oyun belum pernah cuba..tapi..sounds interesting!


6) Panduan Pemakanan 

Jangan sakan sangat makan sesuatu makanan tu..kena banyak buat eksperimen..ada orang boleh makan kobis..ada yang tak boleh..panduan diet sewaktu berpantang pun berbeza-beza ikut keluarga kan..ada yang kata boleh..ada yang kata tak boleh..
Jangan minum air sejuk peti ais ! Even bukan air ais pun..bahayaaa..lagi la cepat bentan!

7) Jangan Mandi Air Sejuk !
Bila demam tu dah ok sikit, bolehlah pergi mandi air panas untuk melegakan sedikit badan yang lemah tu..in sha allah..badan akan rasa lebih selesa..
 

Rasanya, setakat ini dahulu perkongsian hari ni...nak cerita bab berpantang ni memang panjang lebar kan...tapi nak gak bagitahu yang berpantang dengan set bersalin shaklee memang best & simple...makan untuk dalaman boleh...pupur, pilis, param pun boleh! sesuai untuk ibu yang tak mahu berpantang secara mudah dan berkesan !

Semoga bermanfaat!
^___^









Mahu oder set bersalin shaklee yang BEST tu?
jemput ke http://bit.ly/setMENYUSUshaklee

Untuk 20 orang terawal, anda boleh mendapatkan harga yang jauhhh lebih murah, jemput menyertai keluarga besar shaklee yang manis ini di http://bit.ly/1lt3LvX


Sebarang persoalan, jemput hubungi saya,
Puan Norayuney bt Ahmad
wassap/call 0192680649
pm di https://www.facebook.com/oyun.ayuney
 
 

 

Post a Comment

  1. trime kasih ma, kongsi pengalaman..even xkwen lg, ni 1 ilmu! :*

    ReplyDelete
  2. slm yun dtg jln2 raya di alam maya..:)
    nanti jemput dtg umah akak plak...malu2 kucing nak ajak dtg...sebab budak baru belajar..kikiki.. http://shareenasupermama.blogspot.com/

    ReplyDelete

 
Top