APA ITU DEMAM KUNING?
Demam kuning ataupun Jaundis adalah penyakit
biasa di kalangan bayi yang baru dilahirkan.
Ia berpunca daripada hati yang masih belum
matang untuk memusnahkan dan menyingkirkan sel darah merah yang sudah mati
(tanpa oksigen) daripada badan bayi. Bahan kimia yang terbentuk daripada
penguraian sel darah merah tersebut dipanggil bilirubin.
Apabila bilirubin melebihi tahap normal, kekuningan jaundis
akan bergerak daripada kepala ke tengkuk, ke dada dan boleh hingga ke jari kaki
(tahap bilirubin yang tinggi ni, perlu ditahan di hospital).
KENAPA JADI KUNING?
Hasil
penguraian sel darah merah akan menghasilkan bilirubin yang bertoksik dan
berwarna kuning. Maka, apabila kandungan bilirubin terlalu banyak dalam darah
bayi, warna kuning tersebut akan jelas kelihatan pada organ bayi terutama
sekali mata dan kulit bayi.
Proses penguraian sel darah merah sememangnya adalah proses yang normal kerana sel darah merah hanya boleh bertahan lebih kurang 100 hari sahaja. Cuma , jika hati bayi belum matang, proses ini tidak dapat berjalan lancar dan cepat. Selama dalam kandungan, hati ibu berperanan untuk menyingkirkan bahan kumuh daripada ibu dan bayi, tetapi setelah dilahirkan, hati bayi sepatutnya akan mengambil alih fungsi menyingkirkan toksin termasuklah bilirubin tadi .
Billirubin
yang di proses akan dibuang sebagai najis atau air kencing. Najis baby yang
warna gelap adalah sebab ianya mempunyai kandungan billirubin. Maksudnya, hati
baby tu berfungsi dengan baik.
CARA RAWATAN
1) Cara yang paling berkesan untuk memastikan bilirubin dibuang
melalui najis adalah dengan penyusuan susu ibu yang kerap. Kolustrum sangat
penting dalam dua hari pertama selepas kelahiran kerana kolustrum membantu
untuk merendahkan tahap bilirubin. Perlu dikejutkan bayi selang di antara 2 jam
untuk menyusukan kerana bayi yang mengalami jaundis tinggi akan sentiasa tidur
dan kurang aktif.
2) Untuk yang lebih kritikal, diletakkan di bawah lampu cahaya
biru.(phototherapy). Bayi perlu ditanggalkan keseluruhan pakaiannya agar kulit mereka terdedah kepada cahaya tersebut. Sinar uv daripada cahaya itu akan menggalakkan aktiviti hati .
3) Sekiranya sangat teruk dan kronik, proses pemindahan darah diperlukan untuk membekalkan darah merah baharu yang sihat kepada bayi anda.
ADAKAH IBU PERLU RISAU?
Kebanyakan
ibu bapa muda akan panik apabila bayi mereka mengalami jaundis. JANGAN RISAU !
Jaundis di kalangan bayi TAK SAMA dengan jaundis di kalangan dewasa yang
kebiasaannya disebabkan masalah kegagalan hati berfungsi. 60% bayi matang
mengalami jaundis padahari ke-3 kelahiran dan 80% bayi pra-matang(prematured)
berpotensi untuk mendapat jaundis. Ia biasanya akan pulih dalam masa sebulan
selepas kelahiran.
Masalah
jaundis di kalangan bayi hanyalah kerana HATI MEREKA MASIH BELUM MATANG untuk
menyingkirkan bilirubin yang berlebihan dalam badan. Beri bayi anda masa untuk
hati mereka matang dan boleh berfungsi untuk menyingkirkan segala toksik.
Hanya jika ia
bukanlah kes yang serius, kebiasaannya jaundis bayi tidak akan merosakkan organ
bayi. Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang
sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan
bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu
awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan
selanjutnya.
BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU IBU MENGHADAPI MASALAH JAUNDIS BAYI?
Shaklee menawarkan nutrisi tambahan untuk ibu yang di dalam
pantang untuk melengkapkan nutrisi pemakanan mereka agar BADAN MEREKA SIHAT DAN
SEGAR UNTUK MENYUSUKAN BAYI MEREKA. PENYUSUAN yang lancar akan menyebabkan
penyingkiran bahan buangan dan toksik bilirubin keluar dengan lancar melalui
najis.
Cadangan produk Shaklee yang membantu ibu-ibu adalah:
1) Vita Lea : Mengandungi mineral dan
vitamin semulajadi yang lengkap dalam 1 botol! Vitalea mempunyai zat besi yang penting
untuk membentuk sel darah merah yang sihat selepas proses penguraian tadi. Vitalea
juga lengkap dengan khasiat spirulina dan alfalfa yang membantu hati berfungsi
dengan baik untuk detoksifikasi bilirubin yang berlebihan dalam badan bayi.
Serat dalam Vitalea membantu proses pelawasan agar bayi anda mudah untuk
membuang air besar. Jemput baca MANFAAT VITALEA YANG SANGAT BEST ni!
2) ESP: Protein soya yang membantu
pembentukan organ janin yang sihat, membina antibody dan sel darah merah yang
sihat. Ia membantu ibu lebih bertenaga dan membantu memekatkan dan membanyakkan
susu badan! Susu berkualiti, maka anak pun cepat kenyang dan lawas! Jemput baca ISTIMEWANYA ESP SHAKLEE!

3) Vit B com: Mengandungi asid folik
yang membantu mencegah anemia. Ni suplimen kegemaran oyun kalau bab2 bagi
tenaga! Memang best!
4) A lfalfa: Ia adalah tumbuhan herba
yang membantu memperbaiki sistem hati manusia dengan tujuan detoksifikasi. Ia
membantu proses penyingkiran bilirubin dan melawaskan pembuangan najis. Jangan
ambil sebarang dos ye. Nanti panas badan bayi dan ibu. Kena beli dengan oyun
kalau nak tau jadual pengambilan suplimen yang betul.
Jom tengok apa testimoni ni kata!
BAHAN BACAAN TAMBAHAN:
Jemput baca juga TESTIMONI SET MENYUSU SHAKLEE DAN TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE
HUBUNGI SAYA,
Jemput baca juga TESTIMONI SET MENYUSU SHAKLEE DAN TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE
Post a Comment