Bismillahirrahmanirrahim..
Malam yang tenang...
Untuk saya share..
Sebelum ni memilih utk diam sahaja..
Tapi orang terus-terusan menyebar blog Dr Nik Rahim..tu takpe lagi..tp ada yg terus-terusan mengambil kesempatan atas penyataan beliau..ye lah..beliau kan Dr..mesti lah org dengar punye..walaupun isi dalamnya ada yang belum pasti & jelas..
Dulu..
Sebelum join shaklee, waktu saya tengok shaklee bergelodak dengan prasangka orang luar, saya lihat orang shaklee diam & tenang je tanpa membalas balik tuduhan tersebut..
Rupanya..
Bila dah join shaklee, baru saya tahu kenapa mereka ambil langkah untuk berdiam diri sahaja..
Sebab mereka tidak mahu FOKUS kepada MASALAH..
Mereka mahu terus FOKUS kepada BANTU, BANTU DAN BANTU..
"like attracts like" kata omputeh..
Apa yang kita fokuskan , itulah yang akan datang kepada kita..
Apa yang kita fikirkan, itulah yang akan datang kepada kita.
Hebatnya LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION ni...
Kalau kita fokus kepada cacian orang, maka ..akan lebih banyak cacian yg akan datang..
Contoh..
Bila kita FOKUS kepada CACIAN orang, kita akan BERUSAHA untuk BACA KOMEN-KOMEN orang..dan..apa kita dapat?
Kita akan dapati..KOMEN-KOMEN NEGATIF akan terus terusan BANYAK & MENINGKAT!
So..apa kita dapat?
Hahahaha..CACIAN orang la!
Cuba kalau kita switch utk FOKUS kepada BANTU ORANG..
apa kita akan buat?
Bukan CARI ORANG!
Kita akan usaha CARI INFO utk di share dgn orang lain..
Share info penyusuan..share info kehamilan..share info resepi..share info nak kurus ke..
Kita tak sempat nak sibukkan diri kita dengan gosip..dengan fitnah..dengan pelbagai cerita sensasi..kalah mak jemah..haha..
Tapi..
Lama-lama saya fikir..
Saya harus menulis sesuatu..
Utk bagi orang di luar sana CLEAR tentang pendirian saya..
Maka..
Saya ambil kesempatan untuk menulis di blog saya..
Pendirian saya sama berdasarkan sandaran yang dikongsi melalui fb 'kakLong Nuzula'
Ada antara isi yang saya dah tambah-tambah mengikut fahaman pembacaan saya yang naif ni..
***********************
SANDARAN YANG PERTAMA
Saya bersandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html
1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.
3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.
b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.
************************
SANDARAN YANG KEDUA
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.
"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."
http://www.sinarharian.com.my/semasa/boikot-produk-israel-bukan-produk-yahudi-1.299245 
Boleh juga baca:
http://drmaza.com/home/?p=1818
*************************
SANDARAN YANG KETIGA
AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.
FB Aqsa Syarif: https://www.facebook.com/aqsa.syarif
*************************
SANDARAN YANG KEEMPAT
Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.
http://www.inminds.com/
http://www.inminds.co.uk/
Inminds ni tak semberono je bagi list..mereka membuat kajian sebelum membuat list senarai jenama pengeluar yang perlu diboikot..
*************************
SANDARAN YANG KELIMA
Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS.

"regardless what people want to say or do, I stand by principle help others to help others and continue to grow.." ~ Roger Barnett~
Video pengakuan Roger Barnett:pengakuan Roger
*************************
SANDARAN YANG KEENAM
Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan.
Bacaan lanjut sudahkah tiba masa untuk memboikot shaklee..
http://www.zahirahhafizan.com/2014/08/sudah-sampai-masakah-untuk-memboikot.html?spref=fb
Mengenai Yayasan Elie Weisel tu...sefaham pembacaan saya yang tal seberapa ni, memang mereka memfokuskan kemanusiaan dari segi bantuan pendidikan..bina sekolah untuk golongan susah..golongan pelarian..memang most bantuan disalurkan ke sekolah kristian( boleh rujuk web elieweisel sndiri)..
Kalau nak diumpamakan, kalau Yayasan Al Bukhary kat Malaysia ni, mestilah bantuan diberikan untuk bina sekolah agama..pemberian buku di SMKA..sekolah tahfiz..rasanya tak gamak lagi Yayasan Al Bukhary nak hulur bantuan ke sekolah rahib kristian..
Saya tak berniat timbulkan isu agama ye..tapi..bila ada yang mempertikan kenapa Roger menjadi BOD Elieweisel foundation yang salurkan bantuan pembinaan sekolah di tanah Israel (yang tidak diiktiraf) untuk anak pelarian kristian, maka..untuk mudah fahamnya, saya bagi perumpaan Yayasan Al Bukhary tu tadi..
Yang pasti, Roger memang dah maklumkan yang dia guna semua dividen untuk investment ke dalam shaklee..untuk buat research yang juta-juta nilainya tu...untuk beli bahan semulajadi terbaik untuk shaklee..
Wallahua'lam..
Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah.
‪#‎ShakleeEffect‬
‪‬

Post a Comment

 
Top