Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kelmarin ada yang tanya oyun pasal short vacation oyun kat Janda Baik bulan lepas..Program nak bercuti-cuti tu memang ad hoc!

Nak tahu apa adhoc nya?

Dahla kami semua baru je balik daripada Family Day #S2Ufamilies di PD ahad tu..Isnin 15hb tu terus decide nak pegi Janda Baik plak! Terkujat den! Dahla suami kerja time tu..daku lak tengah arrange kelas tambahan untuk students F5 kat sekolah..Kak wardah promot kat fb je, daku cepat-cepat booking nk join sekaki! hahaha..nasib baik suami sporting nak join sekali!
So..yang join adalah famili kami, family kak wardah dan family master Farah dan cik Jan..

Maka..lepas je dapat booking chalet online..abis kelas je terus cabut ambil anak dan ke pasar..nak buat sardin home made! Klik je untuk tau cara oyun buat sardin tu macam mana..

Petang, jam 6:15 petang baru la gerak keluar rumah..
Agak jammed sebelum masuk Duke..
dan sampai di RnR Genting Sempah jam 7:10 pm gitu kot..

Disebabkan dah gelap dan tak pernah naik ke atas tu malam-malam, maka perjalanan ke atas jadi agak slow..

Jam 7:45 gitu sampailah ke TERATAK DI HUJUNG KAMPUNG..Atassss jauh nun sebelah Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU)..

Rasa sejuk hening mula dirasai.Memang senyap sunyi..
sesuai untuk warga kota yang nak lari dari kebisingan kota..

Kami pilih chalet Okid..Oklah..ada bilik air dalam Chalet, ada beranda, kettle masak air, Tv with astro dan 2 katil single..Muat-muat je bilik tu..nak solat pun muat-muat seorang..Chalet kayu yang memang dapat dengar bunyi air sungai mengalir di bawahnya..bunyi unggas malam bersahut- sahutan..BEST! NYAMAN SEJUK!
Ia terletak dalam kebun buah-buahan..untung wooo kalau datang time doyan berbuah! Manggis semua ada! Chalet ni ada 5 je dan 1 Homestay..ok la kan? Harga pun murah je!

Malam tu program kami berBBQ!
Makan-makan sampai kenyang!
Teratak tu ada siap-siap dapur, tempat BBQ dan pangkin untuk makan ramai-ramai..SEDAP! Yang paling bestnya, kami sempat lagi sesi sharing larut malam dengan Cik Jan & Kak Wardah..Discuss macam mana lagi nak tolong anak-anak bisnes kami..Dasat kan? Shaklee di mana-mana!

Dekat pukul 12, baru semua masuk chalet masing-masing..Tu pun rasa tak puas sharing..tp sebab anak dah bising nak tidur, so terpaksalah mak-mak ikut sekali.. ")

Esok paginya..awal-awal dah bangun sediakan sarapan. Masak-masak kat dapur teratak.
Menu :
1) Roti Sandwich + Sardin
2) Nasi Goreng
3) teh tarik

ok la kan? hihi...sedap! Merasa air tangan master farah! hahaha..

Lepas tu?

Sesi mandi manda!!

SEJUK sangattttt!!

Naurah mula-mula mengamuk tak nak turun!

Last-last dia pulak yang takmo naik!

Sesi sharing malam tadi, disambung pulak ke pagi ini..sambil ketaq-ketaq kaki, sambil brainstorm shaklee! ya ampunnn..memang shaklee d hati!

Pukul 11 naik kelaparan!
Makan-makan lagi..lepas tu mandi dan packing barang untuk balik awal..sebab kami ada kenduri tengah hari tu di Kuala Selangor..

Jemput belek gambar- gambar kenangan kami di sana..nanti nak mai lagi time musim buah lah!

Terima kasih kak Wardah sebab tolong uruskan penempahan penginapan..Terima kasih juga kat Master Farah sebab sediakan lauk pauk untuk BBQ!

salam sayang,
ayuney Ahmad

Post a Comment

 
Top