Hari ni saya nak kongsikan kepada anda bagaimana cara utk merancang jantina anak...ini adalah usaha je ye..apapun, Allah berkuasa menentukan semuanya..saya cedok pengisian hari ini dari blog http://pakbidan.blogspot.com/2011/01/merancang-jantina-bayi.html milik Dr Hamid Arshat.. JOM BACA!!
 
Merancang Jantina Bayi ?



Merancang anak lelaki

 
Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba  anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1.Makanan yang asid  seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor,  Lihat carta BBT diatas sebagai panduandan cara2untuk mencatit suhu badan setiap pagi.
      Selepas habis haid bolih bersetubuh berhenti pada hari ke10 dan bila catitan BBT menurun menunjukkan berlakunya 'ovulation' , biasanya hari ke14 - 15, mulakan hubungan dengan suami.
     Satu cara lain untuk kesan hari penetasan telor ialah dengan membuat ujian air kencing pertama pagi dengan alat ujian 'Ovulation Test Kit' yang bolih di beli difarmasi. Mulakan ujian pada hari ke10 dikira dari hari pertama mula datang haid. 
      Bagi mereka yang pusingan haid teratur iaitu 28 - 30 hari jauhkan persetubuhan mulai hari ke10 . Bila ujian kencing positif mula bersama keesokkan hari berturut2 selama 3 hari dan selepas itu selang hari sampai hari ke20.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.



Merancang anak perempuan



Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti  limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2.Persetubuhan dilakukan lepas habis haid , selang sehari , sehingga hari penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation,  yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila lihat carta BBT diatas untuk kesan hari ovulation,

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Bila boleh tahu ?

Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.



Bolehkah merancang anak kembar


Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.

Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.

Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

*****************************************************************************************



 

Post a Comment

 
Top