Apa antara contoh alat bantu mengajar bagi ibu2 yg nak bermain sambil belajar dengan anak-anak ye?

Hari ni kita belajar mewarna atas kerang!
Ia digunakan dalam banyak aktiviti perkembangan intelek,deria & kognitif.
Contohnya dalam memahami konsep awal bilangan, siriasi, pola dan sebagainya. Juga boleh digunakan untuk aktiviti seni& kraf...

Bahan-bahan:
- warna air
- berus
- kulit kerang

Aktiviti ni menggalakkan penggunaan otak kiri & otak kanan yang optimum...contoh: kita latih anak mewarna menggalakkan penggunaan otak kanan dan lepas warna kita ajar dia mengira pula untuk menggalakkan penggunaan otak kiri...

Apa lagi yg bagusnya ye??
Alaaaa...ni la masa terbaik utk ibu-ibu bergelak ketawa dengan anak-anak kan?? Hihi...

Best kan?
Murah, mudah, selamat & kreatif

Anak mesti suka!

Selamat mencuba!

Post a Comment

 
Top