Assalamualaikum wbt...
Saya pernah terbaca iklan di facebook tentang produk kosmetik yang diperbuat dari plasenta kambing @ uri kambing...
Saya baca satu persatu komen-komen dari pembaca...
Ramai yg mengkritik...
Ada yg bertanyakan kesahihan status 'HALAL'...
Ada yg tanya ada kelulusan KKM tak..
Yang surprise ada yang type, "pm"!!

Penjual dengan yakinnya mengesahkan kesahihan status halal dengan nada agak emo saya rasa(maaf, trpaksa rasa sebab dengan pelbagai tanda seru yang digunakan & meskipun fb ni tiada nada, tapi...kita blh rasa&teka punyalah!)...Beliau juga meyakinkan yang produk itu boleh buat muka jadi cantik cerah berseri & lembut !!
Jom kita tengok pula apa kata pakar...
Melalui pembacaan saya dari buku 'Doktor, saya takut jarum!' tulisan Dr. Zubaidi mengatakan,

" Ulama mengharamkan kegunaan uri untuk tujuan kosmetik. Ini kerana sifat uri itu sendiri adalah najis. Ia bukanlah satu 'keperluan yang mendesak' bagi orang ramai untuk menggunakannya kerana tiada pesakit yang akan mati jika tidak menggunakan produk kosmetik yang menjadikan uri sebagai bahn aktifnya. Lainlah kalau uri dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk penyakit kritikal dan tidak ada alternatif lain bagi ubat yang diperbuat dari uri ini."
Dr. Zubaidi juga menasihati agar eloklah jika ditinggalkan penggunaan kosmetik atau makanan kesihatan yang diperbuat daripada uri ini...sama ada uri manusia @ uri binatang...
Ini adalah kerana,
1) produk yang diperbuat dari uri adalah produk baharu yang belum tentu ada kajian saintifik yang lengkap. Banyak kesan sampingan yang belum diketahui padahal kesan sampingan mengambil masa bertahun-tahun untuk berlaku.

2) Banyak lagi produk kecantikan& kesihatan lain yang lebih selamat & berkesan boleh digunakan..
(shaklee opkos!!»» yang ni saya tambah sendiri, hihihi)

Saya tidak berniat menghentam mana-mana produk..tapi saya mencari jawapan pasti kepada iklan tersebut..dan bila saya temuinya, maka adalah menjadi kewajipan saya untuk menyebarkan kepada mana-mana yang belum tahu...
Wallahu'alam...
Semoga bermanfaat
Pengedar shaklee anda,
Ayuney Ahmad
Sid 908891
0192680649

Cod area: Kuala Selangor & Tanjong karang

Post a Comment

 
Top