Assalamualaikum wbt...

Saya sedang mengawasi anak-anak spm saya menjawab kertas Biologi Percubaan kali kedua di sekolah kami...

Di hari jumaat ni...memang baik kalau kita amalkan satu lagi amalan kesukaan Rasulullah saw...iaitu MENGUSAP KEPALA ANAK YATIM...

Anak yang bertudung putih tepi tingkap (belakang sekali) tu merupakan salah seorang anak yatim yang baik...

Sambil beliau menjawab, saya dengan sengaja mngusap kepalanya yang tunduk nak tidur...terus terjaga!
Perasaan yang mengusap?
Sangat bahagia!

Apatah lagi bila rakan di sebelahnya juga meminta saya mengusap kepalanya jua...
Bertambah bahagia!

Riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras..lantaran itu, baginda bersabda;
"Berilah makan kepada orang yang miskin dan usaplah kepala anak yatim"...

Dalam hadith juga disebut,
"sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya dengan 1 kebaikan serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat"...

Semoga perkongsian ini beroleh manfaat...

Wallahua'lam

Post a Comment

 
Top