Shaklee MLM?

Pembabitan saya di dalam shaklee adalah disebabkan anak saya, Hariz Eyman.
Yang mana ketika itu saya mencari sesuatu untuk diri saya..untuk badan saya..untuk memenuhi keperluan anak saya..
Kisahnya saya ceritakan di sini, bagaimana saya mula-mula terjatuh cinta dengan Shaklee.
Sungguh! Saya tak tahu yang Shaklee adalah MLM!
Tapi, time tu saya tak kisah pun... sebab saya daftar atas kerelaan saya sendiri..dengan keizinan dan restu suami. Saya memang nak sangat ESP beli 6 PERCUMA 1 time tu..maka, saya rela untuk membeli stok ESP yang boleh bertahan lama tapi dengan harga yang murah.
Saya beli, sekaligus melayakkan pendaftaran keahlian yang bernilai hanya RM75 secara PERCUMA !
At least, saya tak la kena hutang bank RM30k untuk masuk keahlian kan..sebab tu saya kata saya tak kisah pun yang Shaklee tu MLM ke tak. Dan, at least saya tak dipaksa-paksa untuk menjadi ahli. Saya maklumkan yang saya nak jadi ahli, tapi upline tu takde pun tunjuk-tunjuk gambar kereta ke..takde pulak tunjuk gmbar pergi Oversea ke..yang saya tau, saya jadi ahli sebab produknya bagus! Saya suka produknya.. Saya nak dapat harga promosi yang murah!

Pendek kata, saya SELESA tidak DIPAKSA-PAKSA untuk daftar keahlian shaklee.


Jadi, betullah SHAKLEE adalah MLM?


Ya!
Shaklee mengamalkan pemasaran rangkaian perniagaan.
Sistem yang mempunyai upline, downline, produk yang baik dan sistem pemasaran yang adil.
Saya ada upline yang sangat-sangat membantu membimbing, penaik semangat, dan sebagai tempat rujukan.
Saya ada downline yang saya perlu bimbing agar mereka boleh jana pendapatan dan bantu bimbing customer dengan cara pengambilan suplimen dengan betul.
Saya sendiri ada customer yang perlu saya jaga dan guide cara pengambilan nutrisi mereka.. dan biasanya, memang kebanyakan customer, akan dengan rela hati menjadi ahli shaklee TANPA DIPAKSA. Dengan yuran HANYA RM75 seumur hidup!


Kalau begitu, HARAM ke Shaklee?


Sebelum menjawab, saya cedok isi daripada website UZAR berkenaan isu MLM dari sudut syariah.
(tulisan Ithalic adalah tulisan UZAR, tulisan yang dalam kurungan (  ) adalah tulisan saya.)

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :
     
    1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal.
(Saya bagi satu contoh je, Vitamin C Shaklee dan LECITHIN, perbandingan harga dengan beberapa jenama yang lain..MURAH, TAPI LENGKAP NUTRISINYA!)




Manakala, rajah di bawah pula adalah perbandingan HARGA AHLI DENGAN HARGA RUNCIT (BUKAN AHLI)..Rasanya tiada unsur ZALIM di situ (“,)
Mestilah nak harga ahli yang murah tu kannnnn? (harga tu tak termasuk GST ya...




2 ) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak.
(Setakat ni, belum ada lagi upline-upline saya yang mengamuk-ngamuk kalau saya tak capai apa-apa ‘nilai target’ dan rasanya saya sendiri memang tak pernah paksa dan desak anak downline saya beli barang harga beribu-ribu ringgit hanya semata-mata untuk kepentingan peribadi saya.)



3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahnya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan.
(Strategi head-hunting ni la yang palingggggg pantang tok nenek moyang shaklee saya..jangan buru orang, paksa-paksa orang jadi ahli semata-mata untuk kepentingan sendiri..kita tak suka orang buat macam tu pada kita, maka, kita jangan buat begitu pada orang lain..simple kan?)


4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.
(Produk-produk shaklee, mempunyai sijil halal, mempunyai kajian keselamatan, dihasilkan daripada sumber bahan semulajadi (bukan chemical berbahaya) dan tiada langsung unsur paksaan dalam membeli & menjual shaklee )


Justeru, saya (UZAR)kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1.   1) Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
(Memang kami JELAS SEJELASNYA yang kami adalah pengguna shaklee, dan shaklee mempunyai produk yang bagus untuk kami kekalkan penggunaannya, maka, seharusnyalah kami mahu dapatkannya dengan harga yang lebih murah dengan mendaftar sebaga ahli dan inginkan peluang untuk dapatkan promosi untuk setiap item shaklee setelah menjadi ahli)


2.    2)  Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
(memang sah- sah shaklee tak jual emas perak )


3.    3) Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
(Betul ! jika tiada usaha, maka, tiada lah komisyen untuk si ahli. Jika beliau berusaha untuk menjadi pengedar yang aktif membimbing downline dan menjual barang, maka, besarlah ganjaran yang akan diterimanya)

4.     4) Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
(Bonus yang diterima oleh seseorang pemimpin shaklee adalah berdasarkan untung runcit jualannya, berdasarkan kepemimpinannya dan berdasarkan bimbingannya kepada downline. Jika dia tidak membimbing downline, maka, memang tidak ada bonus yang masuk tergolek-golek dalam akaun bank nya)

5.    5) Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
(setiap bulan, memang tiada paksaan berapa jumlah belian yang ditetapkan, maka, janganlah risau kalau bulan ni tiada sebarang pembelian. Tetapi, shaklee ada menetapkan jika setiap ahli berjaya memperoleh sebanyak 150uv( lebih kurang pembelian barang rm465 ++, maka, shaklee akan memberikan bonus belian barang tersebut /cashback)
6.     

       6) Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
(bab ni...upline-upline memang sediakan kelas bimbingan produk, kelas bimbingan kepemimpinan, kelas marketing, secara online, offline, siang, malam...yang ni memang tak diragui..kami berusaha keras agar downline-downline boleh berjaya..tinggal lagi depa nak join ke tak je..heheh..jangan cakap hakak tak payung eh..)

7. 7) Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
(ohohohoooo..memang tak wujud! Ada je kes sideline saya yang anak downlineny naik pangkat lagi laju darpada mak downline nya...heheheh
Percayalah..shaklee memang mementingkan keadilan..kau buat, kau dapat gitu!)

8.  8)  Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
(antara perkara pertama yang saya ajar kepada anak downline yang berhasrat untuk mengedar shakleeadalah bagaimana agihan bonus dilakukan oleh shaklee..memang tak boleh nak menipu punya.. supaya mereka jelas, tiada siapa yang akan teraniaya)

9.  9Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
( kebanyakan kami bermula TANPA modal kewangan yang besar..modalnya Cuma daftar keahlian sebanyak RM 75 tu, selebihnya, jiwa yang kental untuk belajar selok belok pemasaran bersama upline )

=================================================================================

Daripada word MLM, Skim piramid, rasanya, lebih sedap sebut NETWORK MARKETING..
Pemasaran yang mempunyai rangkaian yang meluas dan hubungan jaringan yang lebar.
Saya tinggal di Kuala Selangor, mungkin saya tak kenal ramai orang di Kuala Terengganu, maka jika, saya mempunyai seorang downline di Kuala Terengganu, beliau boleh menyebarkan kebaikan Shaklee di sana. Dan donline saya tu mungkin mempunyai saudara di Kuala Kangsar, maka, jika saudaranya menjadi ahli dan mahu mengedarkan produk shaklee di sana, maka jaringan pemasaran saya sudah bertambah. Maka, itulah kebaikan dan manfaat kenapa MLM itu dikatakan bermanfaat, bukannya kerja menipu dan mencekik duit orang je. Sistem pemasaran tak salah. Yang salahnya , bagaimana manusia menggunakan sistem tersebut.
Sistem pemasaran ini juga akan lebih menguatkan hubungan ukhuwwah jika digunakan secara betul.
(Gambar di atas tu sewaktu program S2U Tour 2014, aktiviti yang analogi kan kepentingan NETWORK MARKETING)

Eh, cuba tengok apa kata pakar-pakar tentang Network Marketing.






Pendek kata, cuba beli shaklee, amalkan, dan berada di dalamnya..dan anda akan faham apa yang saya nayatakan..jangan risau..tiada siapa yang akan menganiaya diri kita melainkan kita sendiri memilih untuk teraniaya..

=================================================================================

BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SEMULAJADI SHAKLEE?

Hubungi,
NORAYUNEY BINTI AHMAD
Founder of MAI Legacy,
H/P: 0192680649
FB:Oyun Ayuney
PAGE: Eyman Ayuney Natureshoppe  
Pos SELURUH MALAYSIA !

Post a Comment

 
Top