Anak saya kedua-duanya dilahirkan secara pembedahan... anak sulung saya Naurah Eyman terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukannya yang melintang dan disyaki mengalami CDH(congenital diaphragmatic hernia)...dan anak kedua saya, Hariz Eyman pula terpaksa dikeluarkan ikut 'tingkap' kerana kedudukan uri saya di bawah (pp type 4) semenjak awal kehamilan sehinggalah ke hujungnya.. namun begitu saya sangat bersyukur, meskipun pp type 4(uru berada betul-betul menutupi salur peranakan), tapi alhamdulillah, saya tidak tergolong dalam golongan ' berumah di hospital 2 bulan'...kerana kebanyakan ibu pp type 4 ni, memang mudah alami pendarahan dan keadaan ini amat membahayakan kehamilan..
Di sini, saya kongsikan bersama anda apa yang berlaku sepanjang tempoh pembedahan  tersebut berlangsung..

Sebuah skrin akan diletakkan di atas kawasan dada anda supaya anda tidak dapat melihat prosedur pembedahan tersebut. Anda boleh meminta skrin itu direndahkan untuk melihat proses kelahiran bayi anda. Pakar anestesia anda akan memeriksa ubat tahan sakit anda berfungsi dengan betul.

Apabila anda sudah sedia dan anestesia menunjukkan efek secara keseluruhan, doktor akan melakukan insisi melintang yang kecil pada kulit atas tulang pubik anda (dipanggil garis bikini), ia lebih kurang jarak dua jari daripada tulang pubis anda, di atas bulu ari-ari.

Insisi seperti ini kurang menyakitkan selepas pembedahan dan kelihatan lebih menyenangkan daripada insisi yang mengunjur sepanjang perut anda. Beberapa lapisan tisu dan otot perlu dibuka untuk memberi laluan ke uterus anda. Otot-otot perut dipisahkan dan tidak dipotong. Pundi kencing anda akan diinjak ke bawah agar doctor boleh mencapai bahagian bawah uterus anda.

Insisi ke atas uterus selalunya adalah kecil. Doktor akan menggunaka gunting atau jari untuk mengoyak insisi ini menjadi lebih besar. Prosedur ini mengurangkan pendarahan berbanding insisi yang lebih dalam. Pembukaan uterus anda selalunya terletak di bahagian bawah, kerana itulah kadangkala pembedahan ini juga dikenali sebagai "lower segment caesarean section" (LSCS).

Jika terdapat banyak cecair di dalam uterus anda, anda mungkin boleh mendengar dan merasanya keluar daripada pembukaan tersebut. Pakar obstetrik anda akan mengangkat keluar bayi anda. Anda mungkin juga boleh merasa pembantunya menekan perut anda untuk membantu bayi anda lahir. Jika bayi anda dalam kedudukan songsang, doktor akan mengangkatnya daripada bawah ke atas.

Semua ini berlaku dengan agak pantas. Anda mungkin boleh melihat bayi baru anda setelah 5 – 10 minit di dalam bilik pembedahan.

Jika anda melahirkan anak kembar, kembar yang terletak lebih ke bawah akan dikeluarkan dahulu, sama seperti kelahiran secara biasa. Kadangkala forsep digunakan untuk menarik keluar kepala bayi dengan lebih teliti. Forsep cuma diperlukan jika bayi anda lahir dalam keadaan songsang atau pramatang.

Kadangkala pakar bedah anda perlu membuat insisi memanjang yang lebih besar di dalam uterus anda jika:
  • Bayi anda dilahirkan pramatang, atau bayi anda baring melentang melalui uterus anda.
  • Jika anda mempunyai masalah-masalah lain seperti plasenta rendah atau pun ketumbuhan seperti fibroid.
Apakah yang akan berlaku apabila bayi saya lahir?
Bayi anda akan diletakkan di atas dada anda untuk anda belai, atau ia mungkin juga perlu diperiksa oleh seorang bidan atau pakar pediatric jika perlu. Jika anda tidak mampu memegang bayi anda, suami anda juga boleh mendukungya. Bayi yang dilahirkan secara Caesarean selalunya memerlukan lebih banyak haba berbanding bayi yang dilahirkan secara normal. Jadi, jika anda mendapat anak kembar, anda dan suami anda berpeluang mendukung anak-anak anda pada masa yang sama.

Selepas satu hingga lima minit bayi anda dilahirkan, ia akan diberikan skor Apgar untuk menyukat tahap kesihatan bayi anda.

Jika sebelum ini bayi anda pernah menunjukkan sebarang masalah, pakar pediatric akan memerikas bayi anda dengan teliti. Sesetengah bayi yang memerlukan oksigen lebih atau perlu diletakkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU).

Untuk mengecutkan uterus anda dan mengurangkan kadar kehilangan darah, anda akan diberi hormone oxytocin melalui titisan drip. Doktor akan menarik dengan tali pusat anda dengan perlahan-lahan untuk menarik keluar plasenta anda. Proses ini akan diperhati dengan teliti sebelum doktor menjahit perut anda.

Anda akan berada di dalam bilik pembedahan sehingga lebih kurang sejam. Proses menutup pembukaan di perut anda mengambil masa yang jauh lebih lama, kerana ia lebih rumit daripada membuka perut anda. Proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama jika anda pernah melalui pembedahan caesarean sebelum ini. Ia bergantung kepada bilangan parut pembedahan yang anda perolehi daripada pembedahan-pembedahan sebelum ini.

Bagi proses penutupan, doktor akan membuat jahitan berganda untuk memperbaiki uterus anda. Insisi di dalam perut anda akan ditutup secara berperingkat. Akhir sekali, kulit luar akan ditutup dengan jahitan atau kokot. Apabila anda sudah sedia, anda akan dipindah balik ke bilik wad anda di mana suami dan jika tiada masalah, bayi atau bayi-bayi anda sedang menunggu.

Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut dan minuman.

Ceser tak semudah yang anda bayangkan...tetap ada risk..pengalaman yg tak dapat dilupakan..Oleh sebab itu, sepanjang tempoh berpantang penjagaannya melebihi mereka yang bersalin normal..lukanya lebih besar berbanding yang normal.. sewaktu berpantang anak sulung, saya lebih kepada jamu..namun ambil dalam keadaan takut-takut dan rasa tak serasi di badan...dan sewaktu anak kedua, saya beralih kepada SHAKLEE...ternyata ia lebih ISTIMEWA rasanya.. maka sebab itu, saya bersunguh-sungguh mengajak anda berpantang dengan SHAKLEE..JOM!!

hasil carian di: http://www.babycenter.com.my/a1038271/pembedahan-caesarean----#ixzz2HOVT0sPr

Post a Comment

 
Top