Amalan yang betul penting untuk mengekalkan pengeluaran dan menambah susu ibu. Untuk pengetahuan semua, ini adalah tip dan amalan untuk menambah susu ibu yang wajib diingat :


1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. 

Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.
 



2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.

Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu. Pastikan diet ibu seimbang dengan protein, karbohidrat, vitamin mineral dan serat. Pengambilan suppliment amat digalakkan bagi menyokong keperluan nutrisi anda. Suppliment yang sesuai untuk ibu menyusu adalah seperti vitamin B com, kalsium, Vitamin C dan multivitamin dan multimineral.
 

3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.

Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu. Kedua-dua ibadat ini juga boleh melegakan stress dan melapangkan fikiran. Stress juga adalah antara punca susu semakin merudum.
 



Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.

1. Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

2. Zikir

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.

3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60



Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."
Ayat 72-73 Surah Yasin

5. Solat sunat Dhuha

Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.

Luv,
Eyman Ayuney

Post a Comment

 
Top