Lemak adalah perlu untuk kehidupan kerana ia membina dinding sel dan penting untuk perkembangan sistem saraf bayi.

Asid Lemak Perlu pula merupakan asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperolehi daripada makanan. Ia merupakan bahagian yang perlu di dalam diet yang sihat dan terbahagi kepada 2 keluarga: asid lemak omega 6 dan asid lemak omega 3, yang mana asid linoleik (LA) dan asid alfa-linoleik (ALA) merupakan hasil akhir masing-masing.

Di dalam badan, LA dan ALA seterusnya diproses dan ditukarkan kepada asid lemak berantai panjang masing-masing (LCPUFA): LA kepada AA (Asid Arakidonik dan ALA kepada DHA (Asid Dokosaheksanoik).

  • Asid Lemak Omega-3 : ALA & DHA
  • Asid Lemak Omega-4 : LA & AA 
 
 
  • Mengapa Lemak & Asid Lemak Penting? 
          Kebaikan Untuk Anda:
    • Sumber tenaga.
    • Meningkatkan penyerapan vitamin larut-lemak A, D, E, K.
    • Melindungi organ-organ yang lembut untuk mengelakkannya dari mendapat kejutan atau renjatan.
    • DHA terutamanya penting kerana ia memperbaiki kesan kehamilan dan mengurangkan kemurungan postpartum.
    Kebaikan Untuk Bayi:
    • Membina dinding sel dan diperlukan untuk perkembangan dan fungsi sistem saraf tunjang bayi yang sempurna.
    • Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan normal bayi dan kanak-kanak.
    Kebaikan Untuk Anda dan Bayi:
    • Menyediakan bahan binaan bagi kelas hormon yang dipanggil eikosanoid, yang terlibat dalam proses mengawal proses metabolik seperti tekanan darah, tindakbalas radang, metabolisma lemak, tindakbalas ketahanan badan dan pembekuan darah.
    • Membantu mengekalkan kulit yang sihat
     
     
    ·         Lemak di Dalam Makanan
    ·         Kajian telah menunjukkan bahawa ibu hamil yang mengambil banyak ikan berlemak seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan kod mempunyai jumlah DHA yang tinggi dan ianya akan diturunkan kepada bayi. Penyelidik juga mendapati bahawa DHA dan AA yang berada pada keseimbangan yang betul bersama-sama dengan bahan kimia otak yang lain mungkin dapat menentukan kebijaksanaan, keseluruhan minda malah kesihatan kardiovaskular seseorang di masa depan. Pakar sekarang mencadangkan 300mg DHA sehari sebagai Pengambilan Mencukupi (AI) untuk ibu mengandung dan yang sedang meyusu badan.
    ·          
    ·         Kebanyakan dari kita mengambil diet yang kaya dengan asid lemak omega-6 (dijumpai di dalam biji benih, bijian dan kekacang) dan rendah dengan asid lemak omega-3. Ini adalah kerana asid lemak omega-3 tidak dijumpai dengan banyakknya di dalam makanan. Untuk meningkatkan pengambilan asid lemak omega-3, gunalah minyak kacang soya dan kanola, yang merupakan sumber terbaik bagi ALA. Juga ambillah 'minyak ikan' sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan DHA di dalam diet anda. Namun, lemak dan minyak patut diambil sedikit sahaja, iaitu lebih kurang satu sudu makan sehari. Dan hadkan juga pengambilan makanan bergoreng dan berminyak seperti kentang goreng, ayam goreng atau pisang goreng.

    OmegaGuard™

    Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

    Shaklee OmegaGuard
    TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


    ·          
     credit to: Iffah Anuar

    Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya NORAYUNEY BT. AHMAD @ 0192680649  ...Jemput lawati  page fb saya Eyman Ayuney Natureshoppe

    Luv, 
    Eyman Ayuney

Post a Comment

 
Top