Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni saya nak share beberapa resipi makanan pertama bayi berusia 6 bulan..
Ia mestilah dalam bentuk cecair supaya mudah ditelan...

Ada 3 jenis puri iaitu::
1) puri nasi
2) puri buah
3) puri sayur

Jom kita tgk beberapa contoh resepi puri ni!!

Puri Nasi
1) segenggam beras dicuci bersih
2) masak beras seakan masak bubur nasi..lebihkan air..
3) biarkan sehingga mendidih & kembang
4) kisar bubur nasi tadi utk dapatkan tekstur lebih halus..
5) campurkan puri brokoli bersama.

Puri Brokoli
1) ambil 5 kuntum brokoli
2) rebus sehingga lembut
3) kisar sehingga halus
4) sedia dihidang

Puri Epal
1) Kulit dibuang, dipotong dadu
2) rebus dengan sedikit air
3) masak sehingga lembut
4) kisar sehingga halus

Puri pisang
1) ambil sebiji pisang masak
2) buang kulitnya
3) kisar bersama sedikit air
4) terus hidang( tidak perlu dimasak)

Puri Lobak Merah
1) buang kulit lobak
2) potong dadu & rebus
3) tambah sedikit air & kisar..

Biasanya saya  tambahkan setitis minyak  zaitun sebelum menghidangkan semua puri...Ia adalah atas nasihat nurse utk melancarkan lagi proses pelawasan..garam, gula & kicap& perisa memang tidak dicampur bersama..

~selamat  mencuba!!~

Post a Comment

 
Top