Bismillahirrahmanirrahim.. 

SOYA PENYEBAB LELAKI JADI LEMBUT?

Hari ni oyun nak CERAHKAN satu mitos yang selalu orang gembar gemburkan bab keburukan soya iaitu ‘pengambilan soya boleh menjadikan seorang lelaki itu kurang kelelakian!’ a.k.a LELAKI LEMBUT…Haaaa? Biarlah betul! 

Ramai mak yang risau nak ambil soya waktu mengandung sebab takut bayi lelaki depa jadi perempuan! Aiyoohhh! Takutnya! Kalau orang jawa yang suka makan tempe yang juga dibuat daripada soya tu macam mana ek? yang suka makan kicap tu? 

SOYA TIDAK MENGANGGU HORMON TESTOSTERON! 

Mak-mak…sebelum risau yang tak berasas tu, mai ceq nak habaq…ada lebih 30 sample kajian yang TIDAK MENUNJUKKAN langsung kesan ‘keperempuanan’ ke atas lelaki-lelaki yang terpilih itu..Malah, ada satu kajian menunjukkan, yang aras sperma lelaki semakin meningkat setelah pengambilan berterusan produk soya selama lebih 3 bulan! Macam mana depa boleh habaq lelaki boleh jadi perempuan lak ni? 

SOYA TIDAK MEMBERIKAN KESAN 'KEPEREMPUANAN' ! 

Tak caya, mai tengok video ni…Oleh Dr Mark Messina..Beliau adalah Pakar kesihatan lelaki dan merupakan Pakar Diet Kesihatan berkaitan soya. Ada satu kajian beliau yang diterbitkan pada tahun 2010 yang menunjukkan pendedahan Isoflavon kepada lelaki tidak memberikan ‘feminizing effects’ (kesan keperempuanan) . Beliau pernah membentangkan kertas kerjanya kepada 44 negara berkaitan topik ‘Soya dan Risiko Kanser’, kesihatan jantung, menopaus dan kesihatan lelaki. Kajian jurnal beliau banyak diterbitkan dalam jurnal-jurnal femes di US seperti American Journal of Clinical Nutrition, Journal of Nutrition, Lancet, dan Journal of the National Cancer Institute. Beliau pernah menjadi Pengarah Program di Jabatan Diet & Kanser, Institut Kanser Nasional dan membuat kajian bernilai jutaan ringgit untuk mengkaji peranan soya dalam mencegah kanser.

Dr Mark Messina 
Kajian klinikal menunjukkan SOYA TIDAK MERENDAHKAN ARAS TESTOSTERON LELAKI atau MENINGKATKAN ARAS ESTROGEN atau MEMPENGARUHI BILANGAN SPERMA LELAKI. Yelah, sperma kan diperbuat daripada protein, maka, sudah pasti protein soya menyumbang kepada pembentukan sperma yang sihat! Malahan, soya sangat memberi kesan ke atas pembinaan otot bagi mereka yang mahu badan yang berotot la…”).. 

SAMPEL KAJIAN TIKUS ! 

mitos soya yang membawa kesan keperempuanan kepada lelaki
Dr Brenda 
Gambar atas ni merupakan printscreen dariapada salah satu video daripada Dr Brenda Davis yang merupakan Pakar Diet Pemakanan berdaftar yang banyak menjadi speaker undangan untuk konsultasi pemakanan, juga seorang pakar kajian klinikal bidang nutrisi dan penasihat akademik bidang nutrisi. Beliau menyatakan beliau maklum ada segelintir orang yang antisoya yang berpendapat bahawa isoflavon boleh memberi ‘kesan keperempuanan’ terhadap lelaki dan mempunyai kesan sampingan terhadap system reproduktif lelaki. 

Tapiiiiii.. bukti menunjukkan mereka yang diambil sebagai sampel kajian adalah di kalangan lelaki yang sedia mandul dan TIKUS! Ohhhh no no no… Metabolisma Isoflavon manusia dengan tikus adalah berbeza! 

Dan..kajian klinikal yang dibuat ke atas lelaki normal menunjukkan pendedahan soya ke atas lelaki TIDAK MEMPENGARUHI ARAS TESTOSTERON DAN ARAS ESTROGEN ke atas cecair semen lelaki…Macam mana pulak boleh kata lelaki bertukar jadi perempuan bila minum soya? 

KESIMPULAN: 

1) Soya TIDAK MENGUBAH ARAS TESTOSTERON seorang lelaki normal! 
2) Soya TIDAK MENYEBABKAN FENOMENA KEJADIAN LELAKI LEMBUT! 
3) Soya membantu MENINGKATKAN ARAS SPERMA LELAKI! 
4) Soya TIDAK MENYEBABKAN LELAKI MANDUL! 
5) Soya TIDAK MENINGKATKAN ARAS ESTROGEN dalam darah seorang lelaki ! 

Maka..ibu, mari kita tadah tangan dan berdoa, bersyukur, kerana Allah mengurniakan ciptaanNya untuk kita merasai kebaikan Allah kepada kita.. Maha suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia…Jangan jadi insan yang kufur nikmat..yang menuduh keburukan ciptaan Allah…Semalam pun oyun dah share kan kebaikan isoflavon soya ni…so..ibu-ibu tak perlu lah risau untuk mengambil soya dalam diet harian ibu-ibu ye… 

ESP SHAKLEE membekalkan 14g khasiat protein soya dalam diet harian yang TANPA LEMAK KOLESTROL,Sesuai untuk mereka yang bermasalah jantung dan kolestrol level yang tinggi… 


ADA YANG NAK MERASAI KEBAIKAN ESP SHAKLEE? 

HUBUNGI SAYA,
NORAYUNEY BINTI AHMAD
SHAKLE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SID 908891
H/P: 0192680649

"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman." - surah Al-An'am,ayat 99 

Post a Comment

 
Top