MEMAHAMI APA ITU HEALING CRISIS?


Healing crisis ataupun krisis penyembuhan adalah apabila symptom daripada penyakit dan toksin daripada proses detoks ‘menonjolkan diri’ . Ia dikenali sebagai  "Herxheimer Reaction", healing crisis berlaku apabila toksin yang tersimpan dalam badan disingkirkan lebih cepat dengan adanya agen detoks (herba, tumbuh-tumbuhan hijau) berbanding kadar penyingkiran yang biasa. Lebih banyak toksik dalam badan, maka lebih teruklah kadar krisis penyembuhannya. Maka healing crisis akan nampak seperti melebih-lebih berbanding sakit sebelum ini kerana agen detoks berfungsi untuk menonjolkan symptom healing crisis melebihi symptom penyakit asal. Walaubagaimanapun, ia adalah tempoh sementara sahaja. Setelah toksik yang berkumpul lama itu disingkirkan, maka symptom healing crisis itu akan hilang.
 Analogi terbaik untuk memahamkan bagaimana healing crisis ni berfungsi kepada badan anda adalah apabila anda mengecat dinding rumah anda untuk tujuan pemulihan dan mencantikkan rumah anda. Setiap tahun anda akan merubah warna dinding dengan mengecatnya dengan pelbagai warna dengan hanya melapisi sahaja cat asalnya. Setelah 30 tahun, anda dapati bahawa cat yang anda ingin tukar tidak melekat lagi kepada dinding asalnya dan catnya asyik merekah kan? 

Jadi, apa yang anda buat? 

Ya.. anda mesti mengikis kembali semua lapisan cat di dinding itu. Maka akan keluarlah semua serpihan-serpihan kotor yang bermacam warna. Tapi, hanya itu sahajalah cara untuk memastikan agar dinding itu dapat dicat dengan warna baharu yang kita kehendaki tu kan? Kalau kita main lapis je, maka kita akan buat kerja sia-sia. Dinding itu terpaksa ‘berkorban’ mengalami kesan kikisan tadi demi untuk memastikan cat baharu yang lebih cantik tadi dapat menyelaputi ‘badannya’
 

Percaya atau tidak, begitulah analogi yang berlaku dalam usus kita, di mana usus merupakan organ yang menyerap segala nutrient untuk sebarang proses berlaku seterusnya. Maka, untuk memastikan dinding usus kita yang penuh dengan kerak-kerak tu berfungsi, maka, kita kena ‘kikis’ dan bersihkan dinding usus kita yang telah sekian lama berkerak tu. Dengan adanya agen detoks yang kita makan dalam bentuk nutrisi tambahan yang bertindak sebagai pembersih, maka, proses pembersihan itu juga pasti akan meninggalkan kesan healing crisis untuk tempoh sementara.
Pada waktu detoksifikasi ini, anda ada kemungkinan mengalami pening kepala, panas badan, cirit birit, tekak berkahak dan jerawat yang naik lebih daripada amaun biasa. Rajah bawah ni menunjukkan pelbagai simptom lain healing crisis..

Simptom Healing Crisis



Simptom Healing Crisis


Jangan bersedih ketika krisis penyembuhan ini berlaku..malah, anda seharusnya bersyukur kerana ini menunjukkan suplimen mula bertindak ke atas sistem badan anda ! Dan ia adalah petanda positif ke arah perubahan yang lebih baik. Nasihat saya, banyakkan berehat dan minum air kosong untuk melancarkan proses deoksifikasi ini..




ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERSOALAN BERKENAAN KRISIS PENYEMBUHAN?




HUBUNGI SAYA,
NORAYUNEY BINTI AHMAD
SHAKLE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SID 908891
H/P: 0192680649
FB:Oyun Ayuney
PAGE:Eyman Ayuney Natureshoppe

Post a Comment

 
Top